Khamis, 18 Disember 2014

selalunya kita dengar,lelaki di istilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga... bunga ape ea?? hmmm...aku pom tak tahu la bunga ape..bunga matahari kot.tak pom bunga tahi ayam ke.. ataupun bunga ros...ikut la bunga ape pom..tak kisah.. bukannya pasal bunga aku nak diceritakan dekat sini..

kalau kumbang suka pada bunga jadi lelaki tentulah suka pada wanita. sejak remaja lagi keinginan seorang lelaki kepada wanita sudah berputik.. lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki tak kira lah dimana, di sekolah ke,di jalan raya ke,di pasar raya ke,di perhentian bas ke bahkan boleh dikatakan dimana-mana ruang dan peluang. selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba..

apa keistimewaan wanita nei sehingga begitu kuat menarik perhatian kaum adam? 
sememangnya wanita nei  lain sangat daripada lelaki, memanglah ejaan pom dah lain..heheh terdapat banyak kelainannya..

dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu"
 (Hadis Riwayat Baihaqi)
kaum hawa, apa pun yang di lakukannya akan mendapat perhatian kaum Adam,kalau dia buat baik,dikagumi,apabila buat jahat diminati,apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan,apabila berpakaian seksi dilihat menggoda dan macam-macam lagi yang membuatkan kaum Adam menarik perhatian sangat dekat kaum hawa nei.

disebabkan itulah Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita sifat malu..dengan sifat malu itulah mereka akan berfikir  panjang sebelum melakukan sebarang tindakan..kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan  kalau-kalau orang nampak,hendak dedah kan aurat dia takut orang menggangunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang yang datang mengusiknya..

begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita..
tapi apa halnya kalau kita tidak tahu malu??
tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu..
peduli kan apa orang kata,peduli kan kalau orang tengok,tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik,bahkan mereka merasa senang,seronok dan bahagia bila dalam keadaan sedemikian..

dalam sebuah hadis riwayat Bukhari,Nabi SAW bersabda bermaksud:
"Jika engkau tidak malu,buatlah sesuka hatimu" 
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.. tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat ke,neraca spring ke atau sebagainya..malah neraca akal pom mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

kemungkinan wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu ataupun kurang malu..sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. kemungkinan juga sifat malu yang dikurniakan oleh Allah itu sudah lagi tidak berfungsi dengan sepenuhnya...mudah nak dikatakan,ada la tu wayar mana-mana terputus.. kalau demikian,bererti tiada iman di dada mereka. jelasnya,mereka tidak takut kepada Allah,tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah,malah tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpa kan ke atas mereka.. inilah tandanya mereka yang tiada iman..

apabila tidak beriman secara automatiknya sifat malu yang sedia ada itu akan hilang... inilah realiti yang tidak boleh dinafikan,buktinya boleh dilihat di mana-mana sahaja.. melalui media cetak,media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku,tidak terkecuali dilakukan oleh wanita..sayangnya,wanita sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya..

tapi percayalah,kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya,tentulah mereka akan berpakaian sopan,berakhlak mulia dan ketika itulah mereka akan disegani oleh semua pihak..dengan ini terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita..
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubaat"